Wednesday, May 11, 2011

SBT 121




Fabrik Material: Chiffon Elena
Panjang: 4 meter bidang 1.15 meter, perlu lining

Tuesday, April 26, 2011

Sunday, November 29, 2009

*ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW*

Daripada abdul rahman bin samurah ra berkata, nabi muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan
pada malam aku sebelum di israqkan........

1. aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,
maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh ketaatan
dan kepatuhannya kepada kedua ibubapanya.

2. aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.

3. aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan
berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada allah.

4. aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut ahzab, tetapi solatnya yang
khusuk dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala puasanya yang ikhlas kepada allah swt memberi minum hingga
ia merasa puas.

6. aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para
nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang
dia akan diusir, maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang
sempurnanya sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap
gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada ALLAH swt
lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya maka menjelmalah sifat
silaturrahimnya dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara
mereka dengannya.

9. aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,
maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana ALLAH swt
lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

KeSaLahAn YanG leBiH bERsaLaH

“ Orang yang benar bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, melainkan orang yang dapat menjadikan kesalahan itu untuk memperbaiki diri”

Jangan hairan kalau orang melihat anda lalu berkata, “Dia tu dulu sama kubang parit dengan aku. Masa sekolah bukan main bodoh. Sekarang jadi profesor. Aku macam tak percaya.”

Mungkin ada pula orang yang berkata begini di belakang anda, “Masa kami muda-muda dulu dia pernah ajak aku curi rambutan di dusun orang. Sekarang dah jadi ustaz. Ustaz apa bendanya tu.”

Tidak mustahil juga tanpa pengetahuan anda ada orang berkata, “Sekolah sama dengan aku. Aku lulus dia kantol. Bila aku dah kerja dia masih terkial-kial ambil periksa. Tiba-tiba dia jadi orang kaya. Tak percaya aku dia dapat dengan cara betul. Ini mesti ada muslihat di mana-mana.”

Jangan hairan, manusia sentiasa akan berkata sesuatu terhadap anda. Biarpun anda tidak pernah kenal atau tahu siapakah mereka itu. Tidak kira anda orang kecil atau orang besar, anda akan tetap menjadi perbahasan manusia.

Tradisinya sesuatu ilmu itu perlukan tiga tahun untuk dikuasai, maka manusia tradisi akan berpegang pada tempoh masa berkenaan untuk memberikan pengiktirafan. Lebih pendek daripada itu akan dianggap ‘kabel’.

Tradisinya juga jawatan-jawatan tertinggi dalam satu-satu jabatan terisi dalam tempoh-tempoh tertentu, maka manusia tradisi akan menganggap kenaikan pangkat anda secara mendadak sebagai ‘air cond’ kuat.

Manusia selalunya begitu. Usah bersedih atau terlalu ambil hati. Boleh kecewa dengan tanggapan salah manusia tetapi anda usah gembira dengan pencapaian itu. Tidak akan ada sudahnya kalau memerhati kata-kara manusia. Ia berselirat dengan seribu satu pertanyaan yang tidak akan ada noktah kepada jawapan yang mereka berikan sendiri.

Dahulu A seorang penagih, sekarang tidak lagi, tetapi orang ramai tetap menganggap dia menagih. Maka susah sekali bagi A hendak berubah. Pinangan A mungkin ditolak. Percubaan A untuk memulakan sejarah baru mungkin diperlekeh. Usaha-usaha A akan dipertikai. “Dia tu penagih. Engkau percaya dengan dia lagi? Silap-silap dengan duit engkau sekali dia kapur.” Kata-kata itu akan kekal dan sinomin dengan nama A. Apabila orang bercakap tentang A, untuk pasti orang akan bertanya, “A yang mana?” dan orang akan menjelaskan, “A yang penagih tu...” padahal A sudah lama berhenti.

Begitulah manusia, memberikan trade mark kekal kepada apa yang dilihatkan pada suatu ketika tanpa mahu mengakui bahawa tiada manusia perfect segalanya dan tiada manusia tanpa kesalahan.

Kita lebih seronok untuk mengatakan sesuatu yang negatif tentang seseorang apabila bercerita tentangnya, “Dia tu dulu, masa sekolah, selalu kena berdiri atas bangku, sebab tak buat kerja sekolah, sekarang jadi YB.” Jarang kita dengar orang berkata, “Dia tu memang patut berjaya, sebab sejak kecil kuat berusaha. Dia sanggup buat apa saja untuk hidup. Dia memang hebat.”

Ibaratnya, kebanyakan manusia adalah seperti di bawah:

Budak A: Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hang kerja apa?

Budak B dan Budak C menjawab: Bapa kami pun ahli sukan jugak.

Budak A pun bercerita, “Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tu sebelum ia jatuh ke tanah.

Budak B: Itu tak hairan. Bapak aku lagi tangkas. Bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru itu.

Budak C: Itu taklah hebat. Mari dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ni. Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada kat rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapak aku berlari.



Akhirnya begitulah keadaannya mereka yang suka memperkatakan hal orang. Mohon direnungkan.

Wednesday, October 21, 2009

hantaran al-quran

"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil.

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

"Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli nibaca la" tiba-tiba Jamilah muncul dan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid..

"Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nanindah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar enantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta... ustazz.." jawab Nabil
mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah je. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad,Surah Ar Ra'd. "Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :

A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya”. Penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! “Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil”. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

*read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar
Dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga. Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, “Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sunday, October 11, 2009

jom kongsi lagu ni...besttt punye...

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta