Sunday, November 29, 2009

*ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW*

Daripada abdul rahman bin samurah ra berkata, nabi muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan
pada malam aku sebelum di israqkan........

1. aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,
maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh ketaatan
dan kepatuhannya kepada kedua ibubapanya.

2. aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.

3. aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan
berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada allah.

4. aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut ahzab, tetapi solatnya yang
khusuk dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala puasanya yang ikhlas kepada allah swt memberi minum hingga
ia merasa puas.

6. aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para
nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang
dia akan diusir, maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang
sempurnanya sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap
gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada ALLAH swt
lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya maka menjelmalah sifat
silaturrahimnya dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara
mereka dengannya.

9. aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,
maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana ALLAH swt
lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

KeSaLahAn YanG leBiH bERsaLaH

“ Orang yang benar bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, melainkan orang yang dapat menjadikan kesalahan itu untuk memperbaiki diri”

Jangan hairan kalau orang melihat anda lalu berkata, “Dia tu dulu sama kubang parit dengan aku. Masa sekolah bukan main bodoh. Sekarang jadi profesor. Aku macam tak percaya.”

Mungkin ada pula orang yang berkata begini di belakang anda, “Masa kami muda-muda dulu dia pernah ajak aku curi rambutan di dusun orang. Sekarang dah jadi ustaz. Ustaz apa bendanya tu.”

Tidak mustahil juga tanpa pengetahuan anda ada orang berkata, “Sekolah sama dengan aku. Aku lulus dia kantol. Bila aku dah kerja dia masih terkial-kial ambil periksa. Tiba-tiba dia jadi orang kaya. Tak percaya aku dia dapat dengan cara betul. Ini mesti ada muslihat di mana-mana.”

Jangan hairan, manusia sentiasa akan berkata sesuatu terhadap anda. Biarpun anda tidak pernah kenal atau tahu siapakah mereka itu. Tidak kira anda orang kecil atau orang besar, anda akan tetap menjadi perbahasan manusia.

Tradisinya sesuatu ilmu itu perlukan tiga tahun untuk dikuasai, maka manusia tradisi akan berpegang pada tempoh masa berkenaan untuk memberikan pengiktirafan. Lebih pendek daripada itu akan dianggap ‘kabel’.

Tradisinya juga jawatan-jawatan tertinggi dalam satu-satu jabatan terisi dalam tempoh-tempoh tertentu, maka manusia tradisi akan menganggap kenaikan pangkat anda secara mendadak sebagai ‘air cond’ kuat.

Manusia selalunya begitu. Usah bersedih atau terlalu ambil hati. Boleh kecewa dengan tanggapan salah manusia tetapi anda usah gembira dengan pencapaian itu. Tidak akan ada sudahnya kalau memerhati kata-kara manusia. Ia berselirat dengan seribu satu pertanyaan yang tidak akan ada noktah kepada jawapan yang mereka berikan sendiri.

Dahulu A seorang penagih, sekarang tidak lagi, tetapi orang ramai tetap menganggap dia menagih. Maka susah sekali bagi A hendak berubah. Pinangan A mungkin ditolak. Percubaan A untuk memulakan sejarah baru mungkin diperlekeh. Usaha-usaha A akan dipertikai. “Dia tu penagih. Engkau percaya dengan dia lagi? Silap-silap dengan duit engkau sekali dia kapur.” Kata-kata itu akan kekal dan sinomin dengan nama A. Apabila orang bercakap tentang A, untuk pasti orang akan bertanya, “A yang mana?” dan orang akan menjelaskan, “A yang penagih tu...” padahal A sudah lama berhenti.

Begitulah manusia, memberikan trade mark kekal kepada apa yang dilihatkan pada suatu ketika tanpa mahu mengakui bahawa tiada manusia perfect segalanya dan tiada manusia tanpa kesalahan.

Kita lebih seronok untuk mengatakan sesuatu yang negatif tentang seseorang apabila bercerita tentangnya, “Dia tu dulu, masa sekolah, selalu kena berdiri atas bangku, sebab tak buat kerja sekolah, sekarang jadi YB.” Jarang kita dengar orang berkata, “Dia tu memang patut berjaya, sebab sejak kecil kuat berusaha. Dia sanggup buat apa saja untuk hidup. Dia memang hebat.”

Ibaratnya, kebanyakan manusia adalah seperti di bawah:

Budak A: Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hang kerja apa?

Budak B dan Budak C menjawab: Bapa kami pun ahli sukan jugak.

Budak A pun bercerita, “Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tu sebelum ia jatuh ke tanah.

Budak B: Itu tak hairan. Bapak aku lagi tangkas. Bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru itu.

Budak C: Itu taklah hebat. Mari dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ni. Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada kat rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapak aku berlari.



Akhirnya begitulah keadaannya mereka yang suka memperkatakan hal orang. Mohon direnungkan.